Daging Masak Hitam yang akan membuatkan air liur anda meleleh ditengah malam kerana teringatkannya. Rasa daging yang lembut dimasak bersama sambal berempah meresap terus kehati.
Kepedasannya ditahap sederhana, membolehkan lebih ramai akan teruja menikmatinya. Potongan dagingnya bersaiz lebar dan nipis bagi memudahkan anda menyuap hidangan enak ini bersama tersayang.
Hidangan retort ini didatangkan dalam pek 100g. Ia mudah dibawa kemana-mana kerana ketahanannya pada suhu bilik sehingga 2 tahun.
Hanya 'siat &makan'.
Kami teruja membekalkan produk berkualiti ini bagi membolehkan anda makan sedap dimana sahaja.
Hanya siat & makan.
Simpan pada suhu bilik sahaja. Tidak perlu masuk peti sejuk. Ketahanan sehingga 2 tahun tau. Boleh dimakan terus. Boleh juga dipanaskan peknya bagi hidangan panas. Pasti sedap.
Produk juga sudah diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia.
Sedap berguling-guling!