Sambal Nasi Lemak, pasangan sempurna untuk hidangan klasik Malaysia, menyempurnakan pengalaman sarapan dan makan tengah hari anda dengan keunikan rasa yang tiada tandingan. Sambalnya yang garing, warnanya yang merah memikat dan bau harum masakan pasti mengundang selera anda.
Rasanya tidak terlalu pedas dan sedikit manis, cukup masam dan masin, membolehkan anda menikmati sepuasnya tanpa terikat dengan kepedasan. Tekstur bilis yang sedikit kasar, membolehkan anda mengunyah sambal ini dengan ketagihan, tanpa sedar, tau-tau saja kehabisan satu botol.
Sesuai juga dimakan bersama hidangan lain seperti nasi putih, lemang, nasi impit, bubur nasi, cucur dan segala macam hidangan kegemaran anda.